Khamis, 9 Jun 2011

PERINGATAN BERSAMA ~

Assalamu'alaikum. wrh wbh..

Sabda Rasulullah s.a.w,

"Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu bertanggung-jawab atas pimpinannya."

[Riwayat Al Bukhari]

"Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya – jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya."

[Surah An Nisa : Ayat 59]

(♥) Oleh yang demikian, perintah patuh kepada pemimpin negara adalah satu kewajiban terhadap setiap insan bergelar muslim:-

i. Akan dikasihi oleh Allah
ii. Mudah mendapat pertolongan atau bantuan
iii. Keadaan masyarakat aman dan sentosa
iv. Mendatangkan hasil kerja yang baik
v. Memudahkan pengurusan
vi. Mengukuhkan hubungan silaturrahim

Sekiranya terdapat sebarang kelemahan pada pemimpin negara dalam sudut pentadbiran, penguatkuasaan atau sebagainya, tuntutlah hak dengan santun dan nasihatlah dengan berhemah.

(♥) Adab kepada pemimpin negara

i. Berterima kasih kepada pemimpin - BERSYUKUR
ii. Menghormati pemimpin - SOPAN
iii. Menjaga suara - SANTUN
iv. Bersifat kasih-sayang - MESRA
v. Berdoa untuk kebaikan - PERIHATIN
vi. Menasihati dengan cara diplomasi - DEDIKASI

Sesungguhnya tiada sesiapapun sempurna di dunia ini, hendaklah saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain.

Di sinilah kita dituntut mencontohi akhlak Rasulullah s.a.w seperti yg tersebut dalam Al Quran "Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia" [Surah Al Qalam : Ayat 4]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan