Khamis, 9 Jun 2011

SEDIKIT TENTANG PENGERTIAN IMAN

ASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABAROKATUH

SEDIKIT TENTANG PENGERTIAN IMAN

Sahabatku yang beriman,
Keimanan yang benar jika menjadikan perjalanan hidup seseorang itu seumpama sebuah kisah cinta yang indah, kesetiaan & pengorbanan yang dimiliki akan menukar ujian pahit menjadi satu kenangan manis, kemanisan iman menjadikan segala beban yang ditanggung ringan & mudah, keyakinan pada janji-janji Allah menjadikan jiwa tenang menghadapi perjalanan hidup yang begitu sukar,kerinduan pada-Nya menjadi pembakar semangat setiap kali berdepan dgn kegagalan & ujian yang betapapun beratnya sebab dia Yakin dgn janji Allah.

Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala :
“Barangsiapa yang mengerjakan amal saleh, baik laki-laki maupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik (di dunia), dan sesungguhnya akan Kami berikan balasan kepada mereka (di akhirat) dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.” (Qs ?An Nahl: 97)

Sahabatku sekalian yang di Rahmati Allah.
Keiman itu adalah keyakinan Hati yang diungkap oleh ucapan dan terwujud melalui perbuatan,Iman tak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertaqwa, Iman juga tidak dapat dijual beli, ia tiada di tepian pantai, Walau apapun caranya jua, engkau mendaki gunung yang tinggi.. Engkau merentas lautan api, namun tak dapat jua dimiliki,kecuali seseorang kembali pada Allah,dengan hati yang suci.

Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda :
Iman paling afdhal ialah apabila kamu mengetahui bahwa Allah selalu menyertaimu di mana pun kamu berada. (HR Ath-Thobari)

Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala :
Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat itu suatu kebajikan, akan tetapi sesungguhnya kebajikan itu ialah beriman kepada Allah, hari kemudian, malaikat-malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang meminta-minta; dan (memerdekakan) hamba sahaya, mendirikan shalat, dan menunaikan zakat; dan orang-orang yang menepati janjinya apabila ia berjanji, dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan. Mereka itulah orang-orang yang benar (imannya);dan mereka itulah orang-orang yang bertakwa (QS,AL-BAQARAH 177)

Sahabatkut satu ketika Malaikat Jibril datang bersimpuh kaki dengan Rasulullah dan bertanya: "Katakanlah, ya Muhammad, apakah Iman itu?"
Rasulullah Shallallahu alaihi Wasallam menjawab :
"Iman itu adalah :
(1) kau beriman kepada Allah swt,
(2) para malaikat-Nya,
(3) kitab-kitab-Nya,
(4) rasul-rasul-Nya,
(5) hari Akhir, dan
(6) kepada taqdir baik ataupun buruk (itu dari Allah)"
(HR. Muslim, Tirmizi, Abu Dawud, dan Nasa'i )

PERINGKAT PERINGKAT IMAN

Iman itu boleh bertambah dan berkurang.
Bahkan iman seseorang boleh dihinggapi penyakit.
1)Ada Iman sentiasa bertambah iaitu Iman para Nabi dan Rasul.
2)Ada Iman yang tidak bertambah atau berkurang iaitu Iman para Malaikat.
3)Ada Iman yang kadang bertambah dan menurun iaitu Iman kebanyakan mukmin.

Terdapat juga jenis Iman yang jarang-jarang bertambah tetapi banyak menurun iaitu Iman orang-orang yang fasik lagi kurang femahaman tentang penting iman.

IMAN TERBAGI LIMA TINGKATAN

• IMAN TAQLID
iaitu Iman ikutan. Orang yang beriman secara taqlid beramal semata-mata mengikut orang lain. Iman jenis ini merbahaya dan terdedah kepada kesesatan.

• IMAN ILMU
iaitu Iman yang berdasarkan semata-mata kepada ilmu dan fikiran semata-mata dan ia tidak terpahat di dalam hati. Iman pada tahap ini juga terdedah kepada bahaya dan penyelewengan.

• IMAN A'YAN
iaitu Iman yang dapat dihayati sehingga ke lubuk hati. Iman pada tahap ini dimiliki oleh orang-orang soleh. Seseorang yang beriman pada tahap ini amalannya bertolak dari hati yang ikhlas untuk mencari keredhaan Allah swt. Iman kita juga sekurang-kurangnya berada pada tahap ini.

• IMAN HAK
iaitu Iman yang hakiki yang terlepas dari godaan nafsu dan syaitan. Iman pada tahap ini dimiliki oleh golongan muqarrabin.

• IMAN HAKIKAT
iaitu Iman peringkat yang paling tinggi yang boleh dicapai oleh manusia.Mereka yang memiliki Iman pada tahap ini hidup semata-mata untuk Allah

Sahabatku sekalian yang kukasih,
Seorg hamba belum dapat mencapai hakikat keimanan
sebelum dia memiliki 5 perkara dan kehidupannya :

1) Dapat menunaikan segala kewajipan dgn bersendikan sunnah Rasulullah
2) Menggunakan yang halal dgn dasar kewara'an (bertakqwa yg sebenar2nya),
3) Menjauhi larangan agama ,baik zohir@batin.
4) Sabar dlm mengerjakan semuanya itu sehingga ia meninggal dunia..
5) Mensyukuri segala pemberian Allah yang di amanahkannya.

Sahabatku yang kukasihi.
Adapun kesempurnaan Iman itu :

Rasulullah Shallallahu alaihi Wasallam bersabda :
Seseorang yang hendak berzina, tidak akan melakukan zina itu semasa ia berkeadaan sempurna imannya; dan seorang yang hendak minum arak, tidak akan minum arak tersebut semasa ia berkeadaan sempurna imannya; dan seorang yang hendak mencuri, tidak kan melakukan perbuatan itu semasa ia berkeadaan sempurna imannya; dan seorang yang hendak melakukan rompakanyang lazimnya menjadikan orang yang merompak itu memandang sahaja kepadanya, tidak akan merompak semasa ia berkeadaan sempurna imannya.”(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah Shallallahu alaihi Wasallam menjawab :
"Ada tiga perkara yang barangsiapa dalam dirinya terdapat ketiga perkara itu, dia pasti merasakan manisnya iman, iaitu Allah dan RasulNya lebih dicintainya daripada yang lain; mencintai seseorang tiada lain hanya kerana Allah; dan tidak ingin kembali kepada kekafiran setelah diselamatkan Allah sebagaimana dia tidak ingin kalau dicampakkan ke dalam api." (HR Bukhari dan Muslim)

♥ SELAMAT MERENUNG DAN AMALKAN SEMOGA MANFAAT INSYA ALLAH WASSALAM ♥

Tiada ulasan:

Catat Ulasan